Apabila usia anda telah melepasi umur 25 tahun, jangan malu dan takut untuk muzakarah/ berdiskusi dengan orang-orang berpengalaman berkenaan alam...

Apabila usia anda telah melepasi umur 25 tahun, jangan malu dan takut untuk muzakarah/ berdiskusi dengan orang-orang berpengalaman berkenaan alam perkahwinan dan rumah tangga
Apabila usia anda telah melepasi umur 25 tahun, jangan malu dan takut untuk muzakarah/ berdiskusi dengan orang-orang berpengalaman berkenaan alam perkahwinan dan rumah tangga. Jika tidak menyiapkan persediaan dari awal, bagaimana mungkin perkahwinan itu boleh dirancang dan diatur dengan teliti dan baik.
Lakukan muzakarah berkenaan cabaran, ujian, tips menjamin kebahagiaan rumah tangga, hala tuju rumah tangga, tanggungjawab suami isteri, pendidikan anak-anak, penjanaan ekonomi, bagaimana fungsi baitul Muslim sebagai baitul dakwah, apa Peranan baitul dakwah dalam meningkatkan syiar Islam kelak, isu-isu menghalang perkahwinan, isu-isu gejala sosial kini, bagaimana ciri untuk memilih calon isteri/suami, apa do and don't didalam berumah tangga, apa sifat yang perlu ada pada seorang suami/ isteri, apa sifat yang wajib dihindari oleh seorang suami/isteri, bagaimana menguruskan cinta berpandukan syariah, apa kaedah proses taaruf (berkenalan), merisik, meminang, akad nikah dan walimah (kenduri) yang menepati Syariat dan tidak melanggari syariat Islam dan banyak lagi.
Jangan menidakkan naluri anda dengan berpura-pura memendamkan fitrah. Jangan rasa takut dan malu apa orang kata kepada anda.
First step, Lakukan transformasi diri, banyakkan solat taubat dan istighfar sehari-hari, rajinkan mengikuti majlis ilmu agama, dekatkan diri dengan alim ulama dan orang2 soleh, banyakkan muhasabah tentang hidup, perbaiki kelemahan2 diri, bina keperibadian diri yang baik, tajdid niat sehari-hari, usaha tinggalkan jahiliah dan maksiat, banyakkan berdoa kepada Allah, lazimi dengan Al Quran, rajinkan solat berjemaah di Masjid, seringkan bermunajat/ bermonolog hati dengan Allah, usaha untuk mencari kemanisan dalam menganut agama Islam dan bina cinta kita kepada Allah.
Next step, bina ekonomi pendapatan bulanan. Guna minda untuk lebih kreatif dan inovatif dalam menjana kawangan yang patuh syariah.
*tinggalkan amalan couple tanpa nikah
*gunakan kaedah Islam yang menepati syarak
Semoga Allah swt mempermudahkan dan memberkati kita semua.
Mulakan dengan taubat dan perubahan dalam diri.
(Kredit kpd Dr Faisal Abdurrahman, Pakar Rujuk Berpengalaman Baitul Muslim)
See Translation

T_OTHER_ABOUT_NHATRANG_BEACH

Copyright © 2017